Sacha Inchi (Plukenetia volubilis) merupakan sejenis tanaman kekacang yang kurang dikenali di Malaysia, namun harganya boleh dikatakan agak mahal bagi yang tahu mengenai kebaikan kekacang ini. Tumbuhan berasal dari negara PERU ini juga dipanggil sebagai ‘Sacha Peanut’, ‘Inca Peanut’, ‘Mountain Peanut’ dan ‘Sacha Inci’.
KANDUNGAN NUTRISI
Komponen utama sacha inchi terdiri daripada asid lemak omega-3, omega-6, dan omega-9. Kesemuanya amat berkesan dalam menguatkan kesihatan mental dan fizikal. Dengan pengambilan sacha inchi secara teratur, anda boleh memperolehi 12 khasiat yang hebat.
12 Khasiat Yang Hebat
Mengawal kolestrol
Kandungan asid lemak omega-3, omega-6, dan omega-9 yang ada membantu dalam merendahkan tahap kolestrol LDL (yang membahayakan kesihatan) dan meningkatkan kolestrol HDL (baik bagi kesihatan).
Mengawal berat badan
Kandungan serotonin yang tinggi membantu pengawalan selera makan dan mengelakkan seseorang daripada mengidam secara keterlaluan, terlebih makan, atau mengambil snek.
Mengekalkan kesihatan jantung
Pengambilan sacha inchi melancarkan perjalanan darah serta menurunkan tekanan darah, tahap kolestrol, dan keradangan di seluruh badan.
Meningkatkan tahap kesihatan paru-paru
Meningkatkan tahap kesihatan paru-paru dan membantu mengurangkan penyakit asma dan alahan.
Mengekalkan kesihatan otak
Otak kita kebanyakannya terdiri daripada lemak, oleh itu kita memerlukan lemak yang sihat bagi membantu sel-sel tersebut melawan keradangan otak, yang boleh menyebabkan keletihan, tekanan perasaan, masalah memori, dan reaksi berlebihan terhadap rasa sakit.
Meningkatkan kekuatan tulang
Kandungan omega-3 membantu tubuh menyerap kalsium secara optimum, sekaligus meningkatkan kepadatan tulang dan mengelakkan penyakit tulang seperti osteoporosis.
Mengurangkan sakit sendi
Kandungan nutrisi yang ada turut membantu dalam mengurangkan sakit sendi dan rheumatoid arthritis. Bagi menambahkan lagi manfaat, anda boleh mencampurkan minyak sacha inchi dengan halia.
Mengelak diabetes
Omega-3 yang ada turut mengawal tahap glukosa, sekaligus boleh mengelakkan diabetes.
Melancarkan kesihatan mata
Vitamin E, A dan omega yang ada melancarkan pandangan dan mengekalkan kesihatan mata.
Mengekalkan kesihatan mental
Kandungan tryptophan yang ada dalam sacha inchi, iaitu sel pendahulu bagi serotonin (sejenis hormon dan neurotransmitter yang menolong kita dalam mengawal tekanan perasaan dan memberikan rasa tenang) membantu dalam mengekalkan kesihatan mental. Omega-3 yang ada juga mengurangkan keradangan otak, yang boleh menyebabkan sakit kepala, pertukaran mood, dan banyak lagi.
Menstabilkan Haid & Mencantikkan kulit dan rambut
Pakar pemakanan, Marilyn Glenville berpendapat pengambilan minyak ikan,
omega-3 sangat penting untuk kesihatan dan keseimbangan hormon untuk menstabilkan kitaran haid.
Untuk mendapatkan kulit yang bersih dan berseri, kita memerlukan asid lemak omega-3. Ia membantu dalam mengawal pengeluaran minyak pada kulit dan rambut, mengekalkan ketegangan kulit, membekalkan hidrasi kepada kulit dan rambut, melindungi kulit dan rambut daripada sinar matahari, dan memperbaiki kerosakan kulit dan rambut yang ada.
Meningkatkan tumbesaran bayi
Sesuai untuk ibu mengandung di mana dapat meningkatkan tumbesaran bayi dalam kandungan serta perkembangan otak bayi.
Terdapat pelbagai lagi manfaat sacha inchi yang lain, namun manfaat-manfaat yang disenaraikan di atas merupakan manfaat asas ‘super food’ tersebut. Secara keseluruhannya, sacha inchi meningkatkan tahap kesihatan dan imuniti seseorang.
TESTIMONI











Pertanyaan Sebelum Beli
boleh wasap kami:
KLIK wasap.my/60142779111